Monday, 30 December 2013

Ini adalah  buku pertama yang mengajak saya untuk mengarang untuk berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia. Buku ini ditulis oleh Robert T. Kiyosaki yang merupakan salah seorang entrepreneur yang boleh digelar jutawan yang hebat dan cukup popular di dunia. 

Buku ini juga merupakan versi buku pertama beliau yang diterjemahkan dalam versi Bahasa Melayu yang bertajuk 'ORANG MISKIN DAN KELAS MENENGAH BEKERJA UNTUK WANG, ORANG KAYA MEMPUNYAI WANG BEKERJA UNTUK MEREKA' . 

Buku ini merupakan salah satu dari banyak lagi buku yang beliau tulis. Ini kerana buku ini sangat sesuai untuk dikongsikan oleh rakyat Malaysia kerana isi kandungan nya sangat berguna. Ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar akan apa yang sedang berlaku dan membelenggu mereka saban hari. Ramai juga yang tidak dapat membezakan antara aset dan liabiliti. Jadi di sini, jika berkesempatan, saya akan berkongsi tentang kandungan buku ini dalam post yang seterusnya. 

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. InsyaAllah saya akan memberi input yang berguna.

Nantikan post seterusnya ....